Syafikah Rahim
Beribu Anak Tangga
Setiap kali peperiksaan, aku pastinya antara pelajar yang selalu sahaja memperoleh keputusan yang boleh dibanggakan oleh kedua orang ibu bapaku. Namun keputusan yang diperoleh ketika ujian percubaan UPSR, aku memperoleh 1A 4C. Langsung aku terbuang dari senarai pelajar dalam target guru disekolahku. Rakan-rakan lain mendapat keputusan yang baik dan merupakan pelajar harapan guru-guru. Aku kecewa dan bimbang tidak mampu memberikan keputusan yang mampu membuatkan ayah dan mama tersenyum. Doa dan kata-kata semangat yang diberikan oleh mama dan ayah akhirnya aku telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 4A 1B. Alangkah terkejut para guru apabila pelajar yang tidak menjadi harapan mereka telah berjaya mendapatkan keputusan lebih baik dari pelajar harapan lain. Teringat ketika jatuh bangunku sewaktu berada di sekolah menengah. Aku memperoleh keputusan peperiksaan yang amat mengecewakan. Aku bimbang juga dimarahi oleh ayah sewaktu kecil dahulu. Tetapi sangkaanku meleset. Ayah memanggilku masuk ke bilik dan menasihatiku dengan baik, ayah menitiskan air mata saat mencium pipiku. Dia rasa cukup bersalah kerana tidak dapat mendidikku dengan baik. Tidak ayah! Bukan salah ayah! Sedikitpun bukan salah ayah!.
Sewaktu melihat rakan-rakan yang lain berjaya menyambung pelajaran ke universiti, aku mula rasa malu. Apatah lagi ayah! Dia amat disegani ditempat kerjanya. Bagaimana perasaan ayah? Aku membuat keputusan untuk memasuki Tingkatan Enam. Ayah membelikanku sebuah motosikal, dan aku bertekad ingin menebus khilafku yang telah mengecewakannya.
Kini,aku telah berjaya berada di menara gading. Membawa 1001 harapan yang diletakkan oleh kedua orang tua. meski terasa berat mendukung harapan kamu, akan ku pertahankan jua demi membalas segala pengorbananmu. Jarak jauh antara aku dan kedua orang tuaku buat kali pertama telah memberikan ku ujian paling besar untuk berdikari. Mereka faham keadaanku disini, mereka mengerti jerih payah aku disini, tetapi doa, semangat yang mereka berikan kepadaku tidak pernah terputus. Aku bangkit bila merasakan lemah. Demi kamu, ayah dan mama, akan ku kuatkan semangat untuk terus mengotakan janjiku pada kamu. Doaku pada kamu berdoa tidak pernah aku lupakan. Moga Allah merahmati kamu.
Titipan istimewa untukmu ayah dan mama.
go pikah! chu!
ReplyDeletebaiklah rakan searas ku.
ReplyDeleteSedihnyaaaa. Never give up ikah you can do it ;)
ReplyDeleteterima kasih intan... Insyaallah..
Delete