Syafikah Rahim

GEMERSIK SUARA

Friday, December 13, 2013

Ukhwah Terindah

Detik-detik pertama kali kaki melangkah masuk ke UKM yang bagiku ibarat sebuah gudang ilmu telah menimbulkan bibit-bibit perkenalan antara aku dan dua orang lagi rakan yang juga dari kos yang sama. Di awal pertemuan, terasa agak janggal kerana masing-masing berasal dari negeri berbeza dan aku pula masih tidak mampu memahami pertuturan dialek mereka. Seorang dari negeri Pahang, seorang dari negeri Kelantan. Ah! Masakan tidak aku boleh memahami dialek mereka. Satu perkataan pun sukar aku fahami. Kadang-kala, aku hanya mengiyakan saja kata-kata mereka. Walhal, aku tidak faham apa yang mereka bualkan. Tapi tidak ku hiraukan. 



Setiap hari aku ditemani mereka berdua untuk ke kuliah. Di awal perkuliahan, aku masih merasa janggal apabila rakan-rakan sekuliah yang lain bertutur dalam dialek yang berbeza-beza. Seorang bercakap dialek utara, seorang lagi pantai timur. Kadang-kadang kelihatan seperti peribahasa melayu yang berbunyi 'ibarat ayam bercakap dengan itik'. Hehe.. Tapi tidak juga ku hiraukan. Ini medan menuntut ilmu dan mengapa aku harus menjadikannya batasan untuk aku melaksanakan harapan mama dan ayah.. Aku cuba juga menyesuaikan diri dan belajar memahami dialek yang dipertuturkan oleh rakan-rakan yang berbeza negeri.
Yang dari Kelantan dengan dialek 'kawe' mereka, yang Pahang dengan dialek 'kami' untuk membahasakan diri mereka walaupun seorang, yang Kedah dengan dialek 'hang' mereka dan macam-macam lagi ragam dialek yang aku dengar dan pelajari. Rasa sungguh seronok dan adakalanya terasa lucu apabila menyebutnya. 




Tapi lama-kelamaan, aku semakin selesa dengan mereka yang sudah ku anggap seperti adik-beradik terdekatku.. Bila aku dirundung masalah dan ujian, mereka tidak pernah putus memberikan kata-kata semangat.. Dua orang sahabat yang paling rapat, Maryati dan Farhan. Mereka tidak pernah putus membiarkan aku keseorangan lebih-lebih lagi apabila aku dalam kesedihan. Kata-kata nasihat dan semangat yang mereka curahkan tidak pernah terhenti, begitu juga dengan raka-rakan yang lain. Aku  bersyukur kerana dititipkan rakan-rakan yang sangat memahami dan sentiasa memberi dorongan kepadaku. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita kekal hingga ke hujung nyawa.

3 comments: