Syafikah Rahim

GEMERSIK SUARA

Tuesday, December 10, 2013

kota keriangan

sedang aku membelek-belek album gambar yang tersimpan di dalam komputer riba, lantas aku terbuka album ketika sedang bercuti di Sunway Lagoon bersama keluarga dan saudara-maraku. kebetulan pula, beberapa hari sebelum itu, ketika kakak dalam perjalanan hendak menghantarku pulang ke kampus, kami melewati tempat beriadah taman tema air. lantas, aku membuka album yang tersimpan pelbagai kenangan manis itu. Kali terakhir bercuti ke Sunway Lagoon ketika tamat menduduki peperiksaan STPM. 

Kami mendapat potongan harga tiket sebanyak 25% pada masa itu. kebetulan pula, ketika itu cuti sekolah sudah lama bermula. pelbagai permainan sempat kami lakukan bersama. tetapi ada perkara yang telah membuatku berasa sedikit terkilan apabila permainan yang dahulunya boleh aku mainkan, kini tidak lagi.  faktor-faktor berat badan, ketinggian dan usia menyebabkan aku tidak lagi boleh seperti dulu. mama dan ayah hanya tersenyum melihat kerenah anaknya yang kehampaan. 
aku hanya mampu melihat dan menemani adik saudaraku bermain pula permainan yang seperti aku mainkan ketika aku kecil. namun, perasaan sedih dan hampa itu terubat juga bila kami bermandi-manda bersama-sama. kami ibaratkannya sebagai hari keluarga kerana itulah masanya kami dapat beriadah bersama. teringat aku ketika masih kecil, mama akan menemaniku apabila ingin bermain permainan yang ada di taman tema. rentetan itu, ia sekaligus mengingatkanku tentang kehidupan manusia ibarat roda. kita pernah merasa saat dilahirkan, disusui, bertatih, berjalan, pernah melalui zaman kanak-kanak, remaja dan kini sedang meningkat dewasa yang akhirnya akan berakhir dengan kematian.
gambar kenangan bersama mama dan maksu sewaktu bercuti di Genting Highland

gambar sewaktu bercuti di Sunway Lagoon

No comments:

Post a Comment