Syafikah Rahim

GEMERSIK SUARA

Wednesday, September 18, 2013

Panggilan Nostalgia

Melihat jauh ke luar jendela dari bilik nan permai, kehidupan kampus yang bakal meninggalkan pelbagai pahit manis kenangan kepadaku bersama kawan-kawan membuatkan aku tersentak lantas teringat akan kenangan semasa di zaman kanak-kanak.

Tahun 1990-an, aku selaku salah seorang yang lahir pada zaman itu, sememangnya amat terdedah kepada pelbagai jenis makanan ringan. Sedia maklum, makanan yang menjerat hati seorang kanak-kanak yang sangat 'bulat' seperti aku sudah pastinya terdiri dari pelbagai bentuk, warna, dan rasa. Percaya atau tidak, itulah taktik pemasar untuk menarik perhatian kanak-kanak secomelku untuk makan tanpa henti.

Setiap kali mengikut ayah dan mama ke kedai, sudah tentunya yang berada di genggamanku adalah makanan, gula-gula yang bermacam bentuk dan warna! Ya, sangat menarik!. Lebih-lebih lagi coklat yang disertakan permainan percuma di dalamnya!. Siapa tidak kenal dengan Tora dan Ding Dang. Pernah menjadi kegilaanku suatu masa dahulu! Terdapat biskut bebola yang bersalut coklat dan pastinya aku membeli kerana hanya ingin mendapatkan mainan percuma yang disertakannya sahaja. Maaf ayah dan mama. Oh ya, aku sering juga melihat iklan makanan ini di televisyen yang menggunakan suara latar Mat Sentul pada suatu masa dahulu. Ding Dang.

Tidak lupa juga gula-gula kegemaran bagi kanak-kanak perempuan dan sememangnya menjadi kegemaran ku iaitu gula cincin dan gula gincu. Ya inilah perempuan. 

Plastik lutsinar yang terdapat pada gula-gula tersebut akan dibuka, di jilat dan barulah bermulanya sesi mendandan dengan meletakkan gula-gula di bibir sehingga yakin ia tidak akan hilang walaupun dibasuh..! Ya, itulah yang aku lakukan bersama kawan-kawan walhal pada masa itu, kawan-kawanku kebanyakannya adalah lelaki.. Sehingga melekit di seluruh mulut, dan pakaian barulah kami puas menikmati gula-gula gincu yang hakikatnya mampu membuatkan aku dipotong kaki  akibat kencing manis.
Sebenarnya, kebanyakan makanan dan minuman yang menjadi kegemaranku suatu  masa dahulu banyak didedahkan di sekolah agama.. Yang pasti, kehadiran 'abang susu' ke sekolah agama sentiasa aku nantikan. Susu segar  pelbagai  rasa dengan kenikmatan di minum ketika masih sejuk, sememangnya membuatkan berat badanku semakin bertambah. Susu segar ini dijual dengan harga sekitar RM2.50 sebotol. Ada pelbagai perisa seperti  perisa coklat, strawberi, jagung dan keladi.. Aku? Pastinya perisa coklat.

'Nasi Lemak pak cik Bas'.. Ya aku dan rakan-rakan akan menaiki bas hanya untuk membeli nasi lemak yang berharga RM 0.50 selepas sahaja loceng tamat sesi pembelajaran di sekolah agama. Sebenarnya aku serta 6 orang lagi rakan berjalan kaki untuk ke sekolah dan juga ketika pulang dari sekolah agama. Jadi, nasi lemak yang dibeli itu ibarat bekal ketika meredah hutan untuk pulang ke rumah.. Hutan yang menjadi jalan pintas  bagi kami untuk pergi dan pulang dari sekolah agama. Nasi lemak pak cik bas tersebut diletakkan di dalam plastik dan diikat dihujungnya. Cara kami makan, hanya dengan menggigit di penjuru plastik yang berisi nasi dan sambal ikan bilis. Mungkin yang menjadi kegilaan kami pada nasi lemak tersebut adalah  kerana sambalnya yang sangat manis. Ya, sangat manis tetapi sungguh enak! Kawan-kawanku hanya membeli sebungkus sahaja, tapi aku??. Lebih dari 2 bungkus! 

gambarannya seperti di atas tetapi pada waktu itu, hanyalah nasi dan sambal.. Itupun sudah sangat mengenyangkan. Dimanakah pak cik bas yang menjualnya suatu ketika dahulu? Aku pasti di zaman ini mustahil untuk mendapatkan nasi lemak semurah RM 0.50 dengan sambal yang sangat enak! 




4 comments:

  1. terima kasih.. teruskan mengikuti blog saya ya..

    ReplyDelete
  2. Suka stail rambut yg lain2 ok jer. Org baru ada blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. yelah, terima kasih.. blog sempena kursus penulisan kreatif sem ni.

      Delete