
Tidak lupa juga gula-gula kegemaran bagi kanak-kanak perempuan dan sememangnya menjadi kegemaran ku iaitu gula cincin dan gula gincu. Ya inilah perempuan.
Plastik lutsinar yang terdapat pada gula-gula tersebut akan dibuka, di jilat dan barulah bermulanya sesi mendandan dengan meletakkan gula-gula di bibir sehingga yakin ia tidak akan hilang walaupun dibasuh..! Ya, itulah yang aku lakukan bersama kawan-kawan walhal pada masa itu, kawan-kawanku kebanyakannya adalah lelaki.. Sehingga melekit di seluruh mulut, dan pakaian barulah kami puas menikmati gula-gula gincu yang hakikatnya mampu membuatkan aku dipotong kaki akibat kencing manis.
'Nasi Lemak pak cik Bas'.. Ya aku dan rakan-rakan akan menaiki bas hanya untuk membeli nasi lemak yang berharga RM 0.50 selepas sahaja loceng tamat sesi pembelajaran di sekolah agama. Sebenarnya aku serta 6 orang lagi rakan berjalan kaki untuk ke sekolah dan juga ketika pulang dari sekolah agama. Jadi, nasi lemak yang dibeli itu ibarat bekal ketika meredah hutan untuk pulang ke rumah.. Hutan yang menjadi jalan pintas bagi kami untuk pergi dan pulang dari sekolah agama. Nasi lemak pak cik bas tersebut diletakkan di dalam plastik dan diikat dihujungnya. Cara kami makan, hanya dengan menggigit di penjuru plastik yang berisi nasi dan sambal ikan bilis. Mungkin yang menjadi kegilaan kami pada nasi lemak tersebut adalah kerana sambalnya yang sangat manis. Ya, sangat manis tetapi sungguh enak! Kawan-kawanku hanya membeli sebungkus sahaja, tapi aku??. Lebih dari 2 bungkus!
gambarannya seperti di atas tetapi pada waktu itu, hanyalah nasi dan sambal.. Itupun sudah sangat mengenyangkan. Dimanakah pak cik bas yang menjualnya suatu ketika dahulu? Aku pasti di zaman ini mustahil untuk mendapatkan nasi lemak semurah RM 0.50 dengan sambal yang sangat enak!
menarik..
ReplyDeleteterima kasih.. teruskan mengikuti blog saya ya..
ReplyDeleteSuka stail rambut yg lain2 ok jer. Org baru ada blog
ReplyDeletehaha.. yelah, terima kasih.. blog sempena kursus penulisan kreatif sem ni.
Delete