Syafikah Rahim

GEMERSIK SUARA

Monday, December 16, 2013

Penyejuk Hatiku


kali ini, tinta yang aku coretkan dititipkan khas buat kedua-dua orang 'adik' ku. Kali pertama bersua ketika kaki melangkah masuk ke UKM.. Amal adalah merupakan rakan searas dengan bilikku.. Di awal perkenalan kami, dia kelihatan seorang yang sangat pemalu. Beyla pula merupakan rakan baik Amal dan aku mula mengenali mereka berdua ketika Minggu Mesra Pelajar. Pada awalnya, aku mula berasa selesa berkawan dengan mereka kerana mereka berasal dari negeri kelahiranku. Jadi, lebih mudah untuk aku berkomunikasi. 

kini, di semester baru, kami berjiran kerana bilik hanya berdepan cuma. Makin bertambah rapat hubungan antara aku dan mereka. Meskipun menganggap mereka seperti 'adik' sendiri kerana umur yang lebih muda setahun dariku, tapi dapat aku rasakan kematangan yang ada dalam diri mereka. Masakan tidak, setiap kali aku dalam kesulitan dan ditimpa ujian, merekalah insan yang paling menenangkan saat aku berjauhan dari keluarga. Sehinggakan aku merasa selesa apabila berada di bilik mereka. Tenang apabila mendengar kata-kata semangat dan pujukan dari mereka meski terkadang aku tahu mereka juga sudah rimas melayanku. Amal penuh dengan jiwa kelembutannya, sentiasa memberi nasihat dan melayan saja cerita yang keluar dari mulutku. Dia seakan mengerti perasaan dan jiwa seorang perempuan. Beyla, pujukan sentiasa meniti dibibir, sentiasa memberi dorongan dan sangat mengambil berat tentang keadaanku. Kadang-kala, terasa hilang juga bila mereka tiada di bilik. Hilang tempat untuk mengadu. Namun, dapat aku rasakan mereka berdua sangat mengerti tentang apa yang sedang aku rasakan saat ditimpa ujian bertalu-talu. Kenangan berkenalan dengan kamu tidak mampu aku lupakan meski terpisah roh dari jasad.. 


4 comments:

  1. uuuuu uuuu uuu sweetnyeahh malu pulak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana mengikuti perkembangan di blog saya ya saudara/i.. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. terima kasih. saya sudah ke blog saudara. :)

      Delete