Syafikah Rahim
Bukan Wanita Lemah
Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, tanggal 12 Disember 2013, aku telah berjaya melaksanakan tugasan Diskusi Novel yang telah diberi oleh pensyarah. Pada mulanya, di awal proses menyiapkan tugasan ini, aku telah diduga olehNya dengan bermacam-macam dugaan. Aku mula rasa lemah, aku hilang semangat! Meski ayah dan mama jauh, aku sentiasa menghubungi mereka, kupohon kemaafan dan doa dari mereka. Malah, kawan-kawan yang merupakan insan terdekat tidak pernah putus memberi semangat dan dorongan. Aku kuatkan langkah tangan ini untuk terus menyiapkan tugasan yang diberi. Terkadang aku merasakan tugasan itu ala kadar sahaja, mungkin saja pensyarah menolak hasil kajianku. Masakan tidak, tangan di papan kekunci tapi fikiran langsung tidak datang untuk menjengah hasil kerjaku.
Akhirnya kerja tugasan itu aku berjaya laksanakan dan hasilnya mendapat komen yang baik dari pensyarah. Meski terpaksa bersengkang mata, tambahan lagi dihujani dugaan malam sebelum pembentangan, aku yakin ianya memberi makna. Ya! Aku bangkit setelah mendapat kata-kata semangat dari kedua orang tuaku. Aku kuat kerana dorongan yang tidak pernah putus dari rakan-rakan.
Teringat akan kata-kata seorang penulis yang telah diundang pagi tadi, Dr. Kamariah Kamarudin.
Wanita itu tidak lemah! Bangkit! Tidak perlu menangis, jadi wanita yang kuat! Akan ku pegang kata-kata semangat ini agar aku tidak mudah jatuh tersungkur lagi.
Disini aku kongsikan gambar semasa Majlis Diskusi Novel yang telah berlangsung dengan jayanya dan gambar kenangan bersama penulis berbakat besar Dr.Kamariah Kamarudin yang telah dijemput untuk berkongsi tips dalam penulisan kreatif.Semoga hubungan yang terjalin ini sentiasa mendapat rahmat dan menjadi sumber inspirasi untuk kami mencipta nama sehebat beliau.
No comments:
Post a Comment