Syafikah Rahim

GEMERSIK SUARA

Tuesday, December 10, 2013

Ratu Hatiku

Pada cuti pertengahan semester yang lalu, aku amat bersyukur dan gembira kerana aku pulang ketika ulang tahun kelahiran mama. Dalam benakku, sudah pasti mama akan tertunggu-tunggu kepulangan anak-anaknya meski dia tidak meminta untuk kami pulang. Tetapi, cukup dengan panggilan telefon darinya sejak beberapa hari sebelum hari ulang tahun kelahirannya, aku sudah memahami. Hati ibu, dia juga seorang wanita, mengapa tidak aku sebagai anaknya yang juga seorang wanita tidak boleh memahami kehendak seorang ibu yang telah mengandung dan melahirkanku. Tiket bas telah kubeli dan aku terpaksa juga pulang pada hari kelahiran mama kerana tidak dapat pulang beberapa hari sebelumnya. Setidak-tidaknya dapat juga aku buat persiapan untuk menyambut ulangtahun kelahirannya. Beberapa hari sebelum pulang, aku buntu memikirkan hadiah yang ingin diberikan kepada mama. 
Aku berjalan bersama rakanku ketika kami berada di sebuah pusat membeli-belah. Sepanjang kami berjalan, fikiranku hanya berada di awangan dan setiap pertanyaan rakanku tidak ku layan. Aku hanya teringat tentang ulang tahun kelahiran mama. Mana tidaknya, mama merupakan orang pertama yang akan memberi ucapan dan hadiah setiap kali ulangtahun kelahiranku. Masakan tidak kalau aku lupakan tanpa memberinya seperti yang aku dapat! Aku jadi marah dengan diriku sendiri. Tiba-tiba rakan menepuk bahuku dan aku tersedar dari lamunan. Dia meminta aku untuk menunggunya sementara dia ke tandas. Aku akur. 
Sedang bersandar menunggu rakan, aku ternampak sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderahati. Lalu aku masuk dan melihat-lihat keadaan sekeliling di dalam kedai tersebut. Kad Hari Jadi!! Ya, kad hari jadi!  Dibelek satu persatu kad yang berada disitu. ''Ada untuk kawan, kekasih, ucapan tahniah, hah, kad untuk hari jadi ibu!!" Aku mengambil dan membukanya. Ya, tepat untuk mama! Dulu semasa kecil, aku juga selalu bagi mama kad yang dihasilan sendiri dengan kertas lukisan. Meski tidak secantik kad yang sedia ada di kedai, tapi mama tetap akan menghargainya. Itulah mama. Sentiasa menghargai pemberian sesiapa pun meskipun tidak mewah.


No comments:

Post a Comment