Hari ini aku berkesempatan untuk ke Pesta Buku yang diadakan di Dectar, UKM.. Pastinya diri ini bukanlah seorang ulat buku mahupun pencinta buku.. Tapi dek kerana ajakan rakan-rakan, aku turuti juga untuk ke pesta tersebut.. Berjalan dari fakulti dengan diiringi awan terang lagi terik yang tambah memeritkan kulit wajah setelah sehari suntuk berada di bilik berhawa dingin, akhirnya berjaya juga kaki ini melangkah ke pesta yang bermanfaat itu..
Sebenarnya, aku hanya gemar melihat kulit muka buku (bukan Facebook) yang bercorak dan berwarna menarik sahaja.. hehe.. Ye, diakui diri ini bukan pencinta novel seperti rakan yang lain, tambahan lagi novel dewasa termasuklah novel cinta.. Love You Mr. Arrogant, Playboy Itu Suamiku, Kampung Girl, Stanza Cinta.. Pernah juga terniat dihati nak membacanya, tapi minat mengatasi segalanya. Aku tewas!
Jadi, dengan adanya BB1M yang diberi oleh kerajaan pada sem ini, aku cuba sedaya upaya menggunakan dengan sebaiknya dan secara bermanfaat.. Setelah hampir 2jam, akhirnya aku tewas dek novel tarbiah remaja.. Walhal, aku sudah dikategori sebagai dewasa.. Umur 22 tahun dengan novel remajanya.. Tidak mengapa, segala kemungkinan bisa saja berlaku!
Yang penting, masih minat membaca! Dari situ datangnya ilmu..
Terbeli juga komik yang pernah menjadi kegilaan waktu zaman sekolah dulu, Lawak Kampus..hehe
Dek kerana terlalu rindukan ayah, maka aku membeli buku tajuk ayah dan tajuk ini mengingatkan aku beberapa minggu lalu ayah ada menghantar mesej dengan kata-katanya " Assalamualaikum, anak-anak ayah!" :')
Novel remaja I'm single.. single unavailable, berkisar tarbiah kepada golongan remaja tentang hati..
dan novel Diari Aneesa 2 yang aku beli dek kerana muka bukunya berwarna 'pink'.. sudah pasti warna kegemaran wanita manis sepertiku!
Sampai disini sahaja aku sempat coretkan di diari maya ini.. Harapanku agar diri ini dapat membaca kesemua buku yang telah dibeli tadi!
No comments:
Post a Comment