Syafikah Rahim
Kembalilah MH370
Pada hari Sabtu yang lalu, kita digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370.. Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu telah hilang dari radar ketika baru sahaja 2jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.. Pastinya kehilangan pesawat itu menjadi tanda tanya, keingungan, kerisauan tambahan sudah memasuki hari yang kelima pesawat hilang tanpa meninggalkan sebarang tanda.. Apatah lagi jika ahli keluarga turut sama terlibat didalam pesawat itu.. Dapat dilihat wajah-wajah kerisauan seorang ayah dan ibu terhadap anaknya, wajah seorang suami terhadap isterinya, wajah seorang isteri terhadap suaminya, wajah rakan-rakan, saudara-mara.. Pastinya meruntun hati sesiapa sahaja.. Masakan tidak, pesawat hilang tanpa sebarang tanda dan jejak..
Pelbagai spekulasi dikeluarkan dari pakar mahupun mereka yang lagaknya seperti pakar.. Samada spekulasi positif mahupun negatif dan mampu merobekkan hati ahli keluarga yang terlibat.. Namun, aku pasti ianya suatu ujian dari Sang Khaliq.. Disini bermulanya titik rakyat mula bersatu dan serumpun serta ramai mula mendekatkan diri pada Yang Maha Esa dan bergantung harap padaNya..
Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU ya robbi, berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam
Kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.. Aamin
Panjang2kan lah doa ini .. Sbb kita tak tahu antara mereka yg membaca dan mengaminkan doa ini mungkin orang itu doanya itu yg paling makbul ..
No comments:
Post a Comment