Syafikah Rahim

GEMERSIK SUARA

Tuesday, September 17, 2013

Seuntai Kata Untuk Dirasa

Memori..

           Memori itu adakalanya indah dan manis seperti gula-gula.. Tetapi ada juga yang sangat pahit ibarat peria.. Ya, memori indah sangat dekat dalam jiwaku, mungkin juga jiwa manusia seantero dunia.! Bahkan yang pahit juga sudah pasti sukar dihapuskan dari ingatan malahan mampu melekap terus-menerus dalam diari hidup.. Pastinya, nostalgia zaman kanak-kanak dan zaman remaja sangat dekat dengan jiwaku disaat usia sudahpun menjangkau 20-an ini.. 

Oh, ya.. Zaman kegemilangan yang menggamit 1001 kenangan pastinya ketika di zaman 90-an hingga tahun 2000..  Jika ikut rentak hati, banyak juga memori yang ingin dikongsikan tidak cukup dengan permainan, fesyen pakaian, alat tulis, dan sudah pasti makanan yang menjadi kegilaanku sehingga menyebabkan aku kelihatan seperti ini.... (>.<)

Ketika berumur 4tahun, fesyen rambut yang paling digemari..

Tatkala hatiku melonjak keriangan untuk mencoretkan kisah nostalgiaku, di saat ini baru ku sedar, zaman kanak-kanak adalah zaman yang  paling menyeronokkan tanpa perlu peduli soal makan, minum, pakai, tempat tinggal yang sememangnya ditanggung oleh insan yang paling disayangi iaitu ayah dan mama..

  • Entri tentang nostalgia, memori, kenangan akan ku kongsikan kepada  teman-teman di lain waktu.. Akan ku kongsi ceritaku beserta gambar yang mungkin akan mengusik kenangan teman-teman juga ketika di zaman kanak-kanak.. Ya, pasti! Hehe.. 
Sebelum berkongsi kenangan yang berpusu-pusu menerjah akal fikiranku ketika ini, mari lihat video generasi 90-an.. Betul-betul menggamit kenangan.. hehe..





2 comments: