Syafikah Rahim

GEMERSIK SUARA

Thursday, September 19, 2013

Gadis Cilik

Ketika teringatkan wajah kedua orang tuaku, lantas kenangan sewaktu di zaman kanak-kanak segera menerjah ingatanku. Aku mula bersekolah di Tadika Kemas seawal usia 4 tahun. Tetapi, pada usia itu, aku dan rakan-rakan seusiaku hanya dibimbing dan diberi pendedahan tentang alam persekolahan sahaja sebelum benar-benar boleh mengikuti pembelajaran di tadika ketika berumur 5 tahun. Dengan kata lainnya, aku hanya menumpang sahaja untuk belajar di tadika itu ketika berusia 4 tahun. 
Setiap hari, ayah dan mama akan mula ke tempat kerja pada pukul 7 pagi dan aku tidak dibiarkan keseorangan di rumah. Aku akan dihantar ke rumah pengasuh yang rumahnya terletak tidak jauh dari rumahku. Pengasuh yang terkenal dengan nama 'mak sal' itu juga adalah merupakan jiran paling rapat dengan keluargaku. Sehinggakan aku telah menukar nama panggilannya dengan 'mama' kerana sehingga berusia 11 tahun aku dihantar ke rumahnya ketika ayah dan mama bekerja. 
Aku disuapkan makan oleh mak sal, aku dipakaikan baju, disisirkan rambut, dan kemudian di hantar oleh mak sal ke tadika yang hanya terletak di belakang rumahku. Tetapi, ada perkara lain berlaku terhadap diriku yang menyebabkan ianya menjadi perbualan antara mak sal, mama dan mak sidah sehingga ke hari ini apabila kami bersua. Ya! Yang pastinya aku akan tertunduk malu jika mendengar cerita itu. 
Apakah perkara yang aku maksudkan itu? 


3 comments:

  1. sangat teruja ingin tahu perkara yang dimaksudkan kamu itu.Bagaimanapun, ia sebuah entri yang menarik! Tidak sabar menanti entri seterusnya :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih mawar..tunggu entri seterusnyaya.. hihi

    ReplyDelete
  3. Sdr Syafikah
    penulisan yang menarik dengan susunan bahasa yang rapi. terus menulis!

    ReplyDelete