GEMERSIK SUARA
Friday, September 27, 2013
Aku dan speda beroda tiga
Rutin dinihari..
Thursday, September 19, 2013
Gadis Cilik

Wednesday, September 18, 2013
Panggilan Nostalgia

Tidak lupa juga gula-gula kegemaran bagi kanak-kanak perempuan dan sememangnya menjadi kegemaran ku iaitu gula cincin dan gula gincu. Ya inilah perempuan.
Plastik lutsinar yang terdapat pada gula-gula tersebut akan dibuka, di jilat dan barulah bermulanya sesi mendandan dengan meletakkan gula-gula di bibir sehingga yakin ia tidak akan hilang walaupun dibasuh..! Ya, itulah yang aku lakukan bersama kawan-kawan walhal pada masa itu, kawan-kawanku kebanyakannya adalah lelaki.. Sehingga melekit di seluruh mulut, dan pakaian barulah kami puas menikmati gula-gula gincu yang hakikatnya mampu membuatkan aku dipotong kaki akibat kencing manis.
'Nasi Lemak pak cik Bas'.. Ya aku dan rakan-rakan akan menaiki bas hanya untuk membeli nasi lemak yang berharga RM 0.50 selepas sahaja loceng tamat sesi pembelajaran di sekolah agama. Sebenarnya aku serta 6 orang lagi rakan berjalan kaki untuk ke sekolah dan juga ketika pulang dari sekolah agama. Jadi, nasi lemak yang dibeli itu ibarat bekal ketika meredah hutan untuk pulang ke rumah.. Hutan yang menjadi jalan pintas bagi kami untuk pergi dan pulang dari sekolah agama. Nasi lemak pak cik bas tersebut diletakkan di dalam plastik dan diikat dihujungnya. Cara kami makan, hanya dengan menggigit di penjuru plastik yang berisi nasi dan sambal ikan bilis. Mungkin yang menjadi kegilaan kami pada nasi lemak tersebut adalah kerana sambalnya yang sangat manis. Ya, sangat manis tetapi sungguh enak! Kawan-kawanku hanya membeli sebungkus sahaja, tapi aku??. Lebih dari 2 bungkus!
gambarannya seperti di atas tetapi pada waktu itu, hanyalah nasi dan sambal.. Itupun sudah sangat mengenyangkan. Dimanakah pak cik bas yang menjualnya suatu ketika dahulu? Aku pasti di zaman ini mustahil untuk mendapatkan nasi lemak semurah RM 0.50 dengan sambal yang sangat enak!
Tuesday, September 17, 2013
Seuntai Kata Untuk Dirasa
Memori..
Memori itu adakalanya indah dan manis seperti gula-gula.. Tetapi ada juga yang sangat pahit ibarat peria.. Ya, memori indah sangat dekat dalam jiwaku, mungkin juga jiwa manusia seantero dunia.! Bahkan yang pahit juga sudah pasti sukar dihapuskan dari ingatan malahan mampu melekap terus-menerus dalam diari hidup.. Pastinya, nostalgia zaman kanak-kanak dan zaman remaja sangat dekat dengan jiwaku disaat usia sudahpun menjangkau 20-an ini..
Oh, ya.. Zaman kegemilangan yang menggamit 1001 kenangan pastinya ketika di zaman 90-an hingga tahun 2000.. Jika ikut rentak hati, banyak juga memori yang ingin dikongsikan tidak cukup dengan permainan, fesyen pakaian, alat tulis, dan sudah pasti makanan yang menjadi kegilaanku sehingga menyebabkan aku kelihatan seperti ini.... (>.<)
Ketika berumur 4tahun, fesyen rambut yang paling digemari..
Tatkala hatiku melonjak keriangan untuk mencoretkan kisah nostalgiaku, di saat ini baru ku sedar, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan tanpa perlu peduli soal makan, minum, pakai, tempat tinggal yang sememangnya ditanggung oleh insan yang paling disayangi iaitu ayah dan mama..
Sebelum berkongsi kenangan yang berpusu-pusu menerjah akal fikiranku ketika ini, mari lihat video generasi 90-an.. Betul-betul menggamit kenangan.. hehe..
- Entri tentang nostalgia, memori, kenangan akan ku kongsikan kepada teman-teman di lain waktu.. Akan ku kongsi ceritaku beserta gambar yang mungkin akan mengusik kenangan teman-teman juga ketika di zaman kanak-kanak.. Ya, pasti! Hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)